Search This Blog

Showing posts with label AMEERA AMEER. Show all posts
Showing posts with label AMEERA AMEER. Show all posts

KUPILIH UNTUK SETIA - AMEERA AMEER

KUPILIH UNTUK SETIA - AMEERA AMEER
HARGA : RM28.00
BUKU : BARU

“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila

Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!

"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff

Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.

Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?

"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff

Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.

Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata? 


KERANA SATU JANJI - AMEERA AMEER



KERANA SATU JANJI -  AMEERA AMEER
HARGA : RM29.00


Rating/Review : 4.80*/5*

TEKADNYA Hannah, daripada berkahwin dengan buaya darat Azryl Tan Sri Hadi, adalah lebih baik dia berkahwin dengan Ilham, cikgu kampung yang tampak lurus. Ada sebab Hannah cari Ilham dan ada sebab juga mengapa Ilham sudi terima Hannah. Perkahwinan yang disangka ‘selamat’, rupanya tidak…

KATA Ilham kepada Suraya – Perkahwinannya dengan Hannah hanya tiga bulan!
KATA Suraya kepada Ilham – Sanggup berkorban dan tunggu demi janji cinta mereka.
KATA Elyna kepada Hannah – Kalau Ilham berbaloi sebagai suami, kenapa mahu lepaskan?
KATA Hannah kepada Suraya – Pinjam Ilham sekejap je! Nanti akan pulangkan semula.
MUDAHNYA mereka berjanji… Dan tiada siapa yang menduga perjalanan hidup Hannah dan Ilham yang pelbagai rasa dan rentak…
“Hannah, pakai balik baju awak tu!” arah Ilham keras dan masih lagi tidak memandang isterinya.
Hannah tidak menjawab. Ilham dihampiri semakin rapat. “Kalau saya tak nak?” bisik Hannah rapat di telinga suaminya dan dengan nada menggoda.
Ilham semakin penasaran. Merasakan hangat bisikan Hannah menerpa telinganya, degupan jantungnya menjadi semakin laju. Sudah huru hara perasaannya diperlakukan begitu.
“Hannah!” jeritnya melepaskan geram.
Hannah tergelak kecil. Bajunya dicapai dan disarungkan ke tubuh semula. “Tahu takut!” ejeknya perlahan dan terus berlalu dari situ. Tapi sempat pula dia cuit pipi Ilham.
Sampai saja di hadapan pintu biliknya, dia berpaling semula. “You know what Ilham?”
Ilham berpaling. “What?” ucapnya keras. Geramnya masih bersisa dengan kelakuan Hannah tadi. Boleh gugur jantung dibuatnya. Wajah Hannah di muka pintu bilik dipandang tajam.

“Tak kan ada seorang lelaki pun yang boleh bertahan kalau berada dengan perempuan di dalam keadaan seperti tadi kecualilah lelaki itu jenis spesis yang….” Kata-kata Hannah terhenti. Jarinya diketuk-ketuk ke bibirnya. Ilham direnung dengan satu pandangan yang sangat nakal. Tiba-tiba dia tersenyum.
“Awak nak cakap apa Hannah?” soal Ilham geram.
“Hurm… Macam mana nak cakap ya? But, I think you know what I mean…” ucapnya dengan senyum nakal di bibir. “So, awak kategori lelaki yang macam tu ke, Ilham?” soalnya dengan satu kenyitan nakal.
Ilham mendengus. “Awak nak cuba? Nak try? Test?” ugut Ilham yang benar-benar geram dan tidak tahan melihat kelakuan Hannah seolah-olah mencabarnya…
JANJI yang mana satukah yang berjaya dimeterai atau ada janji lain antara mereka lagi? Ikuti perjalanan hidup Ilham dan Hannah yang adakalanya nakal, serius, lucu, sebak, walaupun tercari-cari apa makna kasih sayang sesama insan di bumi yang sementara dan erti perjalanan hidup menuju ke alam tidak…